Monday 21 March 2011

VCD Lucah Anwar : Bila Nak Rancang Yang Lebih Logik?


          Anwar Ibrahim, seorang tokoh yang diuiji sepanjang perjalannya dalam perjuangan.  Zaman pelajarnya, gigih perjuangkan rakyat miskin sehingga di ISA. Dalam UMNO dipecat, dihina dan dipenjara. Pakatan Rakyat menang besar pilihanraya 2008, yang menjadi mangsa Anwar Ibrahim. Dan sekarang bila kes bertambah lemah dimakamah, keluar pula VCD warna biru!!

          Cerita VCD lucah Anwar ini bukanlah sesuatu yang baru. Penulis telah baca dari pelbagai blog pro umno dari tahun 2004 lagi bahawa wujud VCD aksi seks Anwar dan akan disebarkan pada masa yang sesuai. Mungkin pelum terjumpa watak yang sesuai atau kaedah yang sesuai maka VCD ini hanya dikeluarkan sekarang!

      Daripada maklumat yang penulis dapat dari salah seorang rakan wartawan yang menjadi 'tetamu jemputan' seseorang yang mengaku sebagi Datuk T untuk majlis tayangan perdana VCD tersebut di Hotel Carcosa Seri Negara (hotel yang golongan kaya saja mampu tinggal), taktik terbaru golongan tamak kuasa ini akan lebih memalukan mereka dari kes Saiful sekarang. 

     Watak lelaki dalam video itu dikatakan mempunyai mirip muka Anwar tetapi perutnya buncit dan aksinya melambangkan lebih mirip kepada orang muda, bukan orang tua yang sakit pinggang. Daripada perbualan dengan rakan wartawan tersebut, penulis boleh menimbulkan beberapa persoalan. Anataranya ialah , Siapakah Datuk T yang tidak mahu menunjukkan identitinya itu. Beliau dikatakan sebagai mengaku rapat dengan Anwar dan terpaksa mendedahkan VCD lucah itu untuk selamatkan negara! Alasan yang sama seperti diberi Ummi Hafilda, Azizan Abu Bakar, Ezam Md Nor, Saiful Bukhari Azlan dan sekarang Datuk T!!
Sekiranya benar beliau mahu selamatkan negara sepatutnya VCD tersebut patut diserahkan kepada pihak polis untuk dilakukan siasatan, bukannya buat tayangan perdana di Carcosa Seri Negara.

     Persoalan juga timbul mengapa Datuk T tidak ditahan polis atas tuduhan memiliki dan menayangkan VCD porno di tempat umum. Bukankah Malaysia mempunyai undang-undang jelas bahawa memiliki, mengedar, menonton atau membuat filem pornogfrafi adalah satu kesalahan jenayah? Ataupun beliau mendapat perlindungan dari seseorang yang sangat berkuasa sehingga beliau boleh buat majlis tayang perdana?

     Datuk T kononnya memberitahu para wartawan, beliau telah diminta Anwar untuk ke hotel tersebut bagi mendapatkan semula jam tangan Anwar yang tertinggal. Ketika beliau menyelongkar bilik hotel, kononnya beliau terjumpa beberapa wayar halus dan akhirnya kamera perakam yang isinya ialah video aksi Anwar !! Jika benar itu penjelasan Datuk T, persoalan saya untuk beliau ialah :

i) Hotel mana yang benarkan seorang yang bukan tetamunya untuk menyelongkar bilik?
ii) Sekiranya benar ada kamera perakam dalam bilik tersebut, kenapakah orang yang menyimpan kamera tersebut tidak mengeluarkan pita - pita rakamannya? 

     Rakan wartawan itu juga memberitahu penulis bahawa VCD itu adalah dalam bentuk monokrom (hitam-putih - kaedah bijak pemalsuan kerana sukar buat perbandingan warna kulit, rambut dan sebagainya sekiranya siasatan forensik dilakukan) yang agak kabur dan dirakam dari 4 sudut ertinya terdapat 4 kamera. Dan semua rakaman tersebut adalah kabur kecuali 1 adengan yang menunjukkan wajah mirip Anwar yang agak jelas. Persoalannya, bagaimana semua rakaman yang kabur tiba-tiba boleh menjadi jelas hanya ketika muka mirip Anwar itu difokus? 

     Daripada amatan wartawan tersebut juga, beliau membuat rumusan bahawa dari susunan biliknya, hotel tersebut adalah sebuah hotel murah!! Adakah Anwar sudah jadi miskin atau terlalu kemaruk sehingga terpaksa melanggan pelacur dari hotel murah??

     Ini adalah maklum balas awal yang penulis telah dapat sumber yang hadir pada majlis tayangan perdana tersebut. Melalui pengamatan ini bolehlah kita buat kesimpulan bahawa kisah VCD lucah Anwar ini juga sedang menuju kearah menjadi cerita lawak sebagiamana sodomi 1 dan sodomi 2!!





      

Saturday 19 March 2011

Pandangan Seorang pendokong UBF dan PKR Sabah : Layakah dia jadi ahli PKR?

  • Satay Man likes this.














    • Albert Polinoh
      TUNTUTAN SARAWAK
      KAMI SEBAGAI RAKYAT SARAWAK MENUNTUT :
      1. PENGHENTIAN DASAR KETUANAN MELAYU-ISLAM DI SEKTOR AWAM DAN SWASTA
      2. PENGHENTIAN PROSES PENGISLAMAN PENDUDUK BUKAN ISLAM DI SARAWAK
      3. PENGHENTIAN PROSES MALAYANISASI KE ATAS SARAWAK
      ...4. PEMBAHAGIAN KERUSI PARLIMEN DARI 31 KERUSI DARIPADA 222 KERUSI (14%) KEPADA 35%
      5. KEMBALIKAN TARAF SARAWAK SEBAGAI RAKAN MALAYA DALAM PERSEKUTUAN BUKANNYA SEBAGAI NEGERI
      6. HAK UNTUK MEMUNGUT SUARA UNTUK MENARIKDIRI SARAWAK DARI PERSEKUTUAN
      7. MENUNTUT 35% DARIPADA BELANJAWAN TAHUNAN ADALAH DIPERUNTUKKAN KEPADA SARAWAK
      8. MENUNTUT 35% DARIPADA BIASASISWA YANG DIBERI OLEH KERAJAAN DAN GLC (JPA,MARA, PETRONAS etc) ADALAH DIBERI KEPADA SARAWAK TERUTAMA BUKAN ISLAM
      9. MENUNTUT PENGEMBALIAN SEKOLAH PENGHANTAR ENGLISH DAN MISIONARY-SCHOOL
      10. MENUNTUT ENGLISH SEBAGAI BAHASA RASMI NEGERI
      11. MENUNTUT MALAYA TIDAK CAMPURTANGAN DALAM URUSAN SARAWAK
      12. MENUNTUT SARAWAK MEMPUNYAI PASUKAN KESELAMATAN SENDIRI (TENTERA,POLIS)
      13. MENUNTUT SARAWAK DIBENARKAN MEMBUAT DIRECT AGREEMENT DENGAN KERAJAAN LUAR TANPA MELAUI PERSEKUTUAN
      14. MENUNTUT PERSEKUTUAN MEMBAYAR BALIK SEMUA WANG PETROLEUM SARAWAK YANG TELAH DIGUNAKAN UNTUK PEMBANGUNAN MALAYA
      15. MENUNTUT PEMBATALAN PETROLEUM DEVELOPMENT ACT 1974 DAN KUASA MENGURUSKAN PETROLEUM KEPADA SARAWAK
      16. MENUNTUT SARAWAK MEMPUNYAI HAK UNTUK MENYEDIAKAN DAN MEMBANGUNAN KEMUDAHAN ASAS,AWAM DAN INFRASTRUKTUR TANPA PERLU KEBENARAN PERSEKUTUAN
      17. MENUNTUT KUASA IMIGRESEN DIKEMBALIKAN KEPADA SARAWAK. KUATKUASA PENGUNAAN PASSPORT UTK SETIAP KEMASUKKAN DAN KENAIKAN LEVY DAN WORK PERMIT
      18. KUASA MENGUTIP CUKAI PENDAPATAN KEPADA SARAWAK
      19. KUASA MEMPUNYAI SISTEM PENYIARAN (TV,RADIO,INTERNET), PENGANGKUTAN (UDARA,DARAT,LAUT) SENDIRI
      20. KUASA UNTUK OVERWRITE UNDANG-UNDANG/PERLEMBANGAAN PERSEKUTUAN YANG BERCANGGAH DENGAN UNDANG-UNDANG/PERLEMBAGAAN SARAWAK
      See More

      3 hours ago ·


           Saya telah terjumpa komen ini dalam satu laman FB. Komen ini telah dibuat oleh seorang yang menngunakan nama Albert Polinoh. Melalui 'wallnya' saya dapati beliau berasal dari Tuaran, Sabah. Seorang aktivis UBF pimpinan Datuk Seri Dr Jefrrey Kitingan dan juga merupakan 'orang kuat' Datuk Kalakau Untol.

           Saya serahkan kepada para pembaca untuk menilai secara realistik dan berhemah apakah orang yang punya pandangan yang sangat ekstrim seperti ini layak jadi pendokong PKR Sabah dimana PKR  memperjuangkan konsep keadilan kepada semua agama dan kaum dan dipersetujui bersama parti-parti Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PAS bahawa perjuangan kita adalah berlandaskan kepada perlembagaan negara? Adakah pandangan Albert Polinoh ini selari dengan PR dan Perlembagaan Negara?

           Saya juga mahu minta penjelasan apakah pandangan yang sangat ekstrim serta mampu menggugat keharmonian dan keselamatan negara Malaysia ini adalah juga pandangan Dr Jeffrey dan Kalakau Untol? Sekiranya benar mereka kongsi pandangan dengan Albert Polinoh ini, adakah mereka layak menjadi pemimpin kepada rakyat yang berbagai agama dan bangsa sepertimana terdapat di Sabah, Sarawak dan Malaysia??


            Adakah dia terfikir apa akan terjadi kepada negara Malaysia dan Sabah sekiranya warga-warga lain seperti Melayu, Cina, Bajau, Bisaya, Kedayan, Brunei, India, Orang Asli dan bangsa-bangsa lain mengambil sikap yang sama seperti Albert Polinoh?

           Renung-renungkanlah saudara-saudara saya yang Islam dan Bukan Islam, yang Melayu dan yang Bukan melayu!!
  • Thursday 17 March 2011

    Kenyataan Ahmad Thamrin : Dari Keruh Ke Dalam Lumpur?

    Keratan Borneo Post 17 Mac 2011
        

           Kenyataan akhbar Ahmad Thamrin Jaini tentang perkara 3 Buku Jingga versi Sabah amat memeranjatkan banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin akar umbi PKR, sahabat-sahabat PR dan pengundi rakyat Sabah.

           Perakuan beliau bahawa satu Suruhanjaya DiRaja (SDR) akan dibentuk untuk menyiasat kebanjiran PTI di Sabah dan taraf penduduk tetap (PR) akan diberikan melalui prosedur yang ketat sebagaimana dicadangkan oleh SDR adalah satu kenyataan bukan saja lucu malah bodoh! (maaf atas perkataan bodoh tapi itulah hakikatnya). Apakah dengan kenyataan ini beliau ingin memberitahu bahawa PKR sekiranya memerintah negeri Sabah, satu SDR akan dibentuk dan SDR ini akan "diarahkan" oleh kerajaan PKR untuk mencadangkan taraf penduduk tetap kepada PTI? Adakah beliau sedar dengan kenyataan ini lebih ramai PTI akan membanjiri Sabah dengan harapan PR diberi?

         Apakah Ahmad Thamrin dan pemimpin yang sama kepala dengannya tidak faham atau pura-pura tidak faham bahawa rakyat Sabah bukan mahu PTI dijadikan PR tetapi mereka mahu PTI dihantar pulang? Strategi menang pilihanraya 'standard' apa ni?

         Kenyataan Ahmad Thamrin bahawa rakan-rakan PR akan dibawa untuk membincangkan Kertas Jingga ini melalui meja bulat  lebih mengelirukan dan menunjukkan keangkuhan yang ketara terhadap DAP dan PAS. Apakah pemimpin-pemimpin hebat yang melahirkan Buku Jingga versi Sabah ini tidak memahami bahawa Buku Jingga adalah milik PR bukan PKR!! 

         Adakah mereka ini termasuk Ahmad Thamrin terfikir bahawa perbincangan dengan rakan PR sepatutnya dibuat sebelum Buku Jingga dilancarkan? Bukankah perbuatan ini boleh menjejaskan hubungan PKR dengan parti-parti sahabat?
         Dengan kontroversi yang melanda Buku Jingga ini, adakah wajar sekiranya diutarakan cadangan bahawa wujud elemen-elemen dalam parti untuk memporak-perandakan PKR Sabah dan PR Sabah? Terserah kepada anda untuk menilai!

    Wednesday 16 March 2011

    Mana Arah PKR Sabah?

    Adakah DSAI tahu apa sedang berlaku di PKR Sabah?
         Baru-baru ini PKR Sabah telah mengadakan konvensyennya di Papar. Biasanya, konvensyen sesebuah parti politik diadakan bertujuan untuk memantapkan hubungan antara ahli dan untuk melontarkan idea-idea baru yang dapat memikat pengundi untuk mecapai kejayaan dalam pilihanraya. Adakah PKR Sabah mencapai kedua-dua objektif ini melalui konvensyennya?

        Bagi agenda mencapai perpaduan nampaknya PKR Sabah gagal kerana konvensyen tersebut dijadikan medan  meminggirkan rakan-rakan parti yang dianggap tidak sebulu dengan pihak penyelaras konvensyen. Insiden paling ketara ialah medan konvensyen digunakan untuk menyerang Anthony Mandiau, Ketua Cabang Kota Marudu dengan mengggunakan ahli-ahli yang telah ditolak di cabang tersebut! James Penikuan dan Harry Angar Salion yang telah kalah dalam pemilihan cabang yang lalu telah diberi taraf perwakilan dan diberi peluang berucap dimana peluang tersebut digunakan untuk menyerang Anthony Mandiau secara melulu! Apakah agenda Datuk Kalakau Untol, seorang lagi ahli politik yang ditolak dicabangnya sendiri, untuk berbuat demikian? Adakah Kalakau Untol membawa agenda PBS dan UPKO untuk menghuru-harakan PKR menjelang PRU akan datang? Setakat ini semua pihak sedar Cabang Kota Marudu adalah antara cabang yang paling mantap di Sabah. Kenapa ada usaha untuk menghuru-harakan cabang tersebut?

        Begitu juga dengan Cabang Batu Sapi. OKK Hassanar Ebrahim adalah Ketua Cabang yang dipilih melalui pemilihan cabang yang lalu. Beliau tidak diundang ke konvensyen, sebaliknya seorang bekas ahli yang telah ishtiar keluar parti bernama Ahmad Ibrahim telah dijemput dan diamanahkan untuk membentuk jentera pilihanraya. Adakah ini usaha Datuk Kong dan Ahmad Thamrin untuk menjual secara borong Cabang Batu Sapi semasa PRU nanti?

    Kenapa Tn Hj Ansari, Pengasas PKR Sabah diam seribu bahasa?
         Begitu juga dengan cabang Kalabakan. Ketua Cabangnya Dullah Hashim telah keluar parti dan menyertai parti Gerakan (Komponen BN).  Apa yang dibuat oleh Datuk Kong dan Dr. Roland Chia ialah melantik seorang lagi ahli Gerakan bernama Tahel Mail sebagai Pemangku Ketua Cabang!! AJK yang dipilih melalui pemilihan cabang semua dipinggirkan. Sekali lagi, apakah muslihat Datuk Kong dan Dr Roland Chia?

    Tan Sri Simon sudi memimpin PKR Sabah?
         Dalam menyediakan agenda konvensyen juga, seolah-olah terdapat muslihat untuk menggagalkan parti! Mereka telah melancarkan sekeping kertas jingga yang diberi nama Buku Jingga dimana isi kandungannya telah menjadi kontroversi sehingga ahli-ahli PKR sendiri, parti sahabat PR serta pengundi atas pagar telah melahirkan rasa jijik mereka. Apa yang menarik ialah kebanyakan ahli Majlis Presiden, Ketua Cabang dan AJK Konvensyen yang dihubungi penulis mengaku mereka tidak tahu-menahu tentang kertas jingga ini!! Siapakah yang terlibat dalam menghasilkan agenda memburukan PKR Sabah ini? Datuk Kong? Datuk James Ghani? Datuk Kalakau Untol? Ahmad Thamrin? atau mereka semua sedang berkomplot untuk membinasakan PKR Sabah?

          Setakat yang kita nampak, PKR Sabah selepas Konvensyen berjaya mengelirukan banyak pihak!! Tahniah kepada agen BN yang berjaya merosakkan parti!!