Thursday 17 March 2011

Kenyataan Ahmad Thamrin : Dari Keruh Ke Dalam Lumpur?

Keratan Borneo Post 17 Mac 2011
    

       Kenyataan akhbar Ahmad Thamrin Jaini tentang perkara 3 Buku Jingga versi Sabah amat memeranjatkan banyak pihak termasuk pemimpin-pemimpin akar umbi PKR, sahabat-sahabat PR dan pengundi rakyat Sabah.

       Perakuan beliau bahawa satu Suruhanjaya DiRaja (SDR) akan dibentuk untuk menyiasat kebanjiran PTI di Sabah dan taraf penduduk tetap (PR) akan diberikan melalui prosedur yang ketat sebagaimana dicadangkan oleh SDR adalah satu kenyataan bukan saja lucu malah bodoh! (maaf atas perkataan bodoh tapi itulah hakikatnya). Apakah dengan kenyataan ini beliau ingin memberitahu bahawa PKR sekiranya memerintah negeri Sabah, satu SDR akan dibentuk dan SDR ini akan "diarahkan" oleh kerajaan PKR untuk mencadangkan taraf penduduk tetap kepada PTI? Adakah beliau sedar dengan kenyataan ini lebih ramai PTI akan membanjiri Sabah dengan harapan PR diberi?

     Apakah Ahmad Thamrin dan pemimpin yang sama kepala dengannya tidak faham atau pura-pura tidak faham bahawa rakyat Sabah bukan mahu PTI dijadikan PR tetapi mereka mahu PTI dihantar pulang? Strategi menang pilihanraya 'standard' apa ni?

     Kenyataan Ahmad Thamrin bahawa rakan-rakan PR akan dibawa untuk membincangkan Kertas Jingga ini melalui meja bulat  lebih mengelirukan dan menunjukkan keangkuhan yang ketara terhadap DAP dan PAS. Apakah pemimpin-pemimpin hebat yang melahirkan Buku Jingga versi Sabah ini tidak memahami bahawa Buku Jingga adalah milik PR bukan PKR!! 

     Adakah mereka ini termasuk Ahmad Thamrin terfikir bahawa perbincangan dengan rakan PR sepatutnya dibuat sebelum Buku Jingga dilancarkan? Bukankah perbuatan ini boleh menjejaskan hubungan PKR dengan parti-parti sahabat?
     Dengan kontroversi yang melanda Buku Jingga ini, adakah wajar sekiranya diutarakan cadangan bahawa wujud elemen-elemen dalam parti untuk memporak-perandakan PKR Sabah dan PR Sabah? Terserah kepada anda untuk menilai!

No comments:

Post a Comment