Wednesday 16 March 2011

Mana Arah PKR Sabah?

Adakah DSAI tahu apa sedang berlaku di PKR Sabah?
     Baru-baru ini PKR Sabah telah mengadakan konvensyennya di Papar. Biasanya, konvensyen sesebuah parti politik diadakan bertujuan untuk memantapkan hubungan antara ahli dan untuk melontarkan idea-idea baru yang dapat memikat pengundi untuk mecapai kejayaan dalam pilihanraya. Adakah PKR Sabah mencapai kedua-dua objektif ini melalui konvensyennya?

    Bagi agenda mencapai perpaduan nampaknya PKR Sabah gagal kerana konvensyen tersebut dijadikan medan  meminggirkan rakan-rakan parti yang dianggap tidak sebulu dengan pihak penyelaras konvensyen. Insiden paling ketara ialah medan konvensyen digunakan untuk menyerang Anthony Mandiau, Ketua Cabang Kota Marudu dengan mengggunakan ahli-ahli yang telah ditolak di cabang tersebut! James Penikuan dan Harry Angar Salion yang telah kalah dalam pemilihan cabang yang lalu telah diberi taraf perwakilan dan diberi peluang berucap dimana peluang tersebut digunakan untuk menyerang Anthony Mandiau secara melulu! Apakah agenda Datuk Kalakau Untol, seorang lagi ahli politik yang ditolak dicabangnya sendiri, untuk berbuat demikian? Adakah Kalakau Untol membawa agenda PBS dan UPKO untuk menghuru-harakan PKR menjelang PRU akan datang? Setakat ini semua pihak sedar Cabang Kota Marudu adalah antara cabang yang paling mantap di Sabah. Kenapa ada usaha untuk menghuru-harakan cabang tersebut?

    Begitu juga dengan Cabang Batu Sapi. OKK Hassanar Ebrahim adalah Ketua Cabang yang dipilih melalui pemilihan cabang yang lalu. Beliau tidak diundang ke konvensyen, sebaliknya seorang bekas ahli yang telah ishtiar keluar parti bernama Ahmad Ibrahim telah dijemput dan diamanahkan untuk membentuk jentera pilihanraya. Adakah ini usaha Datuk Kong dan Ahmad Thamrin untuk menjual secara borong Cabang Batu Sapi semasa PRU nanti?

Kenapa Tn Hj Ansari, Pengasas PKR Sabah diam seribu bahasa?
     Begitu juga dengan cabang Kalabakan. Ketua Cabangnya Dullah Hashim telah keluar parti dan menyertai parti Gerakan (Komponen BN).  Apa yang dibuat oleh Datuk Kong dan Dr. Roland Chia ialah melantik seorang lagi ahli Gerakan bernama Tahel Mail sebagai Pemangku Ketua Cabang!! AJK yang dipilih melalui pemilihan cabang semua dipinggirkan. Sekali lagi, apakah muslihat Datuk Kong dan Dr Roland Chia?

Tan Sri Simon sudi memimpin PKR Sabah?
     Dalam menyediakan agenda konvensyen juga, seolah-olah terdapat muslihat untuk menggagalkan parti! Mereka telah melancarkan sekeping kertas jingga yang diberi nama Buku Jingga dimana isi kandungannya telah menjadi kontroversi sehingga ahli-ahli PKR sendiri, parti sahabat PR serta pengundi atas pagar telah melahirkan rasa jijik mereka. Apa yang menarik ialah kebanyakan ahli Majlis Presiden, Ketua Cabang dan AJK Konvensyen yang dihubungi penulis mengaku mereka tidak tahu-menahu tentang kertas jingga ini!! Siapakah yang terlibat dalam menghasilkan agenda memburukan PKR Sabah ini? Datuk Kong? Datuk James Ghani? Datuk Kalakau Untol? Ahmad Thamrin? atau mereka semua sedang berkomplot untuk membinasakan PKR Sabah?

      Setakat yang kita nampak, PKR Sabah selepas Konvensyen berjaya mengelirukan banyak pihak!! Tahniah kepada agen BN yang berjaya merosakkan parti!!







1 comment:

  1. PKR Sabah dibawah Pimpinan Majlis Presiden sedang berada dilandasan yang betul dan menyatupadukan anggota-anggota parti bersatu semula setelah dilanda badai gelombang pemimpin sebelum ini yang asik bertelaga.. Sudah-sudahlah jangan asik-asik membebel..Jagalah cabang masing-masing jangan sampai budaya samseng jalanan mewarnai PKR Sabah seperti kes Cabang Batu Sapi sehingga digantung..

    ReplyDelete